Wednesday 17 August 2011

Kaum Malaysia


Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, budaya dan bahasa. Orang Melayu merupakan komuniti terbesar yang memainkan peranan terpenting dalam politik negara. Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia), merupakan bahasa utama negara ini. Rakyat berketurunan MinangkabauBugis dan Jawa boleh digolongkan sebagai "Melayu" mengikut takrifan perlembagaan, tetapi juga boleh bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Bahasa Inggeris juga meluas di kawasan bandaraya utama. Mengikut perlembagaan, semua orang Melayu beragama Islam, namun budaya Melayu memperlihatkan pengaruh kuat dari agama Hindu, Buddha dan animisme, tetapi semua ini telah diketepikan atau diharamkan sejak pergerakan pengislaman pada 1980-an dan 1990-an. Memandangkan sesiapa sahaja umat Islam yang berbahasa Melayu menikmati keistimewaan bumiputera, ramai umat Islam bukan Melayu mengamalkan bahasa, adat dan pemakaian Melayu akhir-akhir ini, terutamanya kaum India Muslim di Semenanjung dan Kadayan di Borneo.
Kaum bumiputera bukan Melayu terbesar di Malaysia ialah kaum Iban dari Sarawak, yang seramai 600,000 orang, diikuti kaum Bidayuh yang seramai 170,000 orang dan tertumpu di kawasan barat daya Sarawak. Kaum peribumi terbesar di Sabah pula ialah Kadazanyang kebanyakannya beragama Kristian dan mengusahakan sawah padi.Di Semenanjung ada 140,000 Orang Asli yang terdiri daripada pelbagai kelompok etnik. Kebanyakan puak minoriti ini, baik di Semenanjung mahupun di Borneo, mengikut tradisi pemburu-pengumpul yang berpindah-randah, terutamanya kaum PunanPenan dan Senoi. Malangnya, tanah pusaka dan tempat berburu mereka makin berkurangan akibat tuntutan kerajaan yang memaksa mereka ke tanah yang kurang subur hingga mengancam cara hidup tradisional mereka.
Malaysia diduduki oleh sebuah masyarakat Cina seramai enam juta orang yang kebanyakannya adalah keturunan para penghijrah dari China Selatan pada abad ke-18 dan ke-19 kerana tertarik oleh peluang lumayan melombong emas di Tanah Melayu, di samping melarikan diri daripada peperangan dan ketaktentuan politik di negara asal mereka. Tidak dilupakan satu suku Cina yang berkahwin dengan orang Melayu dan berasimilasi dengan budaya Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Cina Peranakan yang pernah mekar di Pulau Pinang dan Melaka sewaktu zaman penjajahan Eropah.
Masyarakat India di Malaysia pula kebanyakannya adalah suku Tamil. Mereka adalah keturunan penghijrah India yang bekerja sebagai pedagang, guru atau pekerja mahir yang lain, tetapi sesetengah mereka dipaksa oleh penjajah British untuk mengusahakan dusun.
Sebilangan kecil rakyat Malaysia berketurunan kaukasia dan bertutur dalam bahasa kriol, seperti Kristang (terbitan bahasa Portugis),dan ZamboangueƱo Chavacano(terbitan bahasa Sepanyol). Kaum minoriti lain di Malaysia termasuk orang Siam, Burma, Cham dan Khmer.
Kaum Melayu
Iban


Bidayuh
Kadazan


Cina


India




0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment